Thursday, January 12, 2012

Digilis 2 kali!

Assalamualaikum...

Agak sadis tajuk entry hamba. Sebenarnya bukanlah kemlangan maut yang terjadi, namun hanya kisah yang agak ekstrem tapi melucukan telah berlaku kepada diri hamba. Kisah ni berlaku lebih kurang 2 hari lepas, masa tu hamba tengah syok rempit dari rumah nenek hamba ke rumah hamba. Untuk mengelakkan pelbagai risiko, hamba gunalah jalan kampung. Tengah syok2 rempit muncul pulak sorang Pakistan jual karpet bukan main layan syahdu bawa motor, meter duk terketar ketar kat 15km/h. Stres! Hamba pun apa lagi mulalah tunjuk aksi ala2 Valentino Rossi memecut. Dengan tak semena-mena dan penuh selamba badak air, sekor kucing ni boleh plak buat aksi berani mati pi lintas jalan. Apa lagi, tanpa melepaskan peluang walau sedikitpun, dapatlah si kucing tu merasa dua biji tayar motor beserta penunggangnya yang hampir 90 kg beratnya ini hinggap atas badan beliau. Haha. Mula2 rasa macam kesian jugak, lama2 gelak sorang2 atas motor. Huhu. Sadis betul!

Friday, January 6, 2012

Hari Pertama

Assalamualaikum...

Sudah memasuki tahun 2012, bermakna semakin bertambah umur, kekiutan dan kehenseman hamba. Hamba juga ingin menambahkan nilai kematangan dalam diri hamba. Di sini hamba ingin berkongsi cerita hari pertama persekolahan. Seperti biasa, hari pertama persekolahan adalah hari yang paling dibenci oleh sekalian kanak-kanak riang, tapi bukan untuk orang yang bercita-cita tinggi seperti hamba. Tapi, adakah cita-cita itu mampu dicapai kalau bangun tidur pada hari pertama persekolahan pun tepat jam 7.10 minit pagi???!!! Haha. Apa lagi, mengalahkan kerbau kepanasan lah hamba bersiap & solat subuh. Tiba sahaja di sekolah, terpampang wajah mulus 4 insan yang bergelar pengawas yang siap sedia dengan buku di tangan, berhajat di hati ingin memahatkan nama pengawas yang tiba lewat pada hari pertama persekolahan!!! Haha. Namun, walaupun penuh dengan dugaan yang dicipta sendiri, hamba tetap bersyukur kerana berjaya menempatkan diri di kelas ke-2 terbaik, kelas Sains Tulen Agama. Akan ku gigihkan usaha untuk menjadi antara pelajar terbaik dalam sejarah sekolah tersebut. InsyaAllah.

Monday, December 19, 2011

Kenapa kau botak?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Itulah soalan yang sering diajukan oleh rakan2 hamba apabila bertemu dengan hamba, "Kenapa kau botak?", "Mana rambut spiky kau?". Di sini ingin hamba nyatakan antara sebab2 hamba membotakkan kepala hamba:
  1. Supaya tuan2 hamba semua dapat melihat kekiutan wajah hamba dengan lebih jelas tanpa ditutpi oleh rambut walau seurat pun.
  2. Agar ahli keluarga hamba tidak tertukar sama ada manusia atau alien yang keluar dari bilik tidur hamba pada waktu pagi.
  3. Hamba taknak keluarga hamba makan gulai rambut apabila hamba memasak disebabkan masalah keguguran rambut hamba.
  4. Agar tidak menjadi medan 'relief stres' oleh sepupu kurang matang hamba yang suka menarik rambut hamba. Namun begitu, selepas hamba membotakkan kepala, 'hutan Amazon' kat betis ni plak yang menjadi sasaran!
Kalau nak diberikan sebab memang banyak, hamba juga ingin tampil dengan imej yang lebih kemas, berkarisma & berdedikasi apabila menjelang tahun 2012. Mana tahu jumpa jodoh di awal waktu! Kuangkuangkuang!

Friday, December 9, 2011

Suara Emas Adik Nur Atikah Nabilah

“Subhanallah! Segala puji-pujian untuk Allah” penulis ucapkan apabila menonton dua buah video yang memaparkan kemerduan suara seorang anak kecil menyanyikan dua buah lagu penyanyi terkenal tanahair, Ning Baizura.

Hanya dikenali sebagai Nur Atikah Nabilah Thane, bakat yang dimilikinya menarik perhatian ramai termasuklah blog hiburan terkenal, Izyan.com, untuk memuatkan Youtube nyanyiannya di lama webnya hari ini.

Rakaman Youtube pertama dimuatkan pada 6 November lalu memaparkan Nur Atikah menyampaikan lagu berjudul Awan Yang Terpilu dan menyaksikan pelayar-pelayar internet memuji-muji kemerduan suara anak comel bertudung litup itu.

Manakala rakaman keduanya pula yang dimuatkan semalam oleh seorang individu yang menggunakan nama samaran, Harrisman153, memaparkan sebuah lagi lagu Ning berjudul Takkan Berpaling Darimu disampaikan dengan baik sekali oleh Nur Atikah.

Menurut Harrisman153, Nur Atikah merupakan sepupunya dan dia sudah mendapat kebenaran dari kedua ibubapa murid tahun empat di Sekolah Rendah Serasa, Muara ini untuk dimuat turun bakat emasnya menerusi laman Youtube.

Penulis percaya, sekiranya bakat anak kecil ini digilap oleh pihak yang sewajarnya, tidak mustahil Nur Atikah bakal menjadi antara penyanyi tersohor yang boleh dijadikan ikon terbaik Asia Tenggara pada masa akan datang.

Diasuh dengan imej bersih berhijab dan kelihatan sopan, penulis juga yakin dengan potensi tinggi yang dimiliki Nur Atikah itu tidak akan memerlukan dirinya untuk menjaja imej seksi untuk meraih populariti sebagaimana yang dilakukan segelintir artis wanita.

Hamba berbangga untuk berkongsi dua video Youtube nyanyian Nur Atikah untuk tatapan para pembaca.
Saksikanlah dan hargailah anugerah Tuhan kepada anak kecil ini.



p/s : Pergh! Hamba pun dulu suara best jugak, tapi dah tua ni allignment kotak suara dah lari. Haha.

Sumber : SINI