Monday, December 19, 2011

Kenapa kau botak?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Itulah soalan yang sering diajukan oleh rakan2 hamba apabila bertemu dengan hamba, "Kenapa kau botak?", "Mana rambut spiky kau?". Di sini ingin hamba nyatakan antara sebab2 hamba membotakkan kepala hamba:
  1. Supaya tuan2 hamba semua dapat melihat kekiutan wajah hamba dengan lebih jelas tanpa ditutpi oleh rambut walau seurat pun.
  2. Agar ahli keluarga hamba tidak tertukar sama ada manusia atau alien yang keluar dari bilik tidur hamba pada waktu pagi.
  3. Hamba taknak keluarga hamba makan gulai rambut apabila hamba memasak disebabkan masalah keguguran rambut hamba.
  4. Agar tidak menjadi medan 'relief stres' oleh sepupu kurang matang hamba yang suka menarik rambut hamba. Namun begitu, selepas hamba membotakkan kepala, 'hutan Amazon' kat betis ni plak yang menjadi sasaran!
Kalau nak diberikan sebab memang banyak, hamba juga ingin tampil dengan imej yang lebih kemas, berkarisma & berdedikasi apabila menjelang tahun 2012. Mana tahu jumpa jodoh di awal waktu! Kuangkuangkuang!

Friday, December 9, 2011

Suara Emas Adik Nur Atikah Nabilah

“Subhanallah! Segala puji-pujian untuk Allah” penulis ucapkan apabila menonton dua buah video yang memaparkan kemerduan suara seorang anak kecil menyanyikan dua buah lagu penyanyi terkenal tanahair, Ning Baizura.

Hanya dikenali sebagai Nur Atikah Nabilah Thane, bakat yang dimilikinya menarik perhatian ramai termasuklah blog hiburan terkenal, Izyan.com, untuk memuatkan Youtube nyanyiannya di lama webnya hari ini.

Rakaman Youtube pertama dimuatkan pada 6 November lalu memaparkan Nur Atikah menyampaikan lagu berjudul Awan Yang Terpilu dan menyaksikan pelayar-pelayar internet memuji-muji kemerduan suara anak comel bertudung litup itu.

Manakala rakaman keduanya pula yang dimuatkan semalam oleh seorang individu yang menggunakan nama samaran, Harrisman153, memaparkan sebuah lagi lagu Ning berjudul Takkan Berpaling Darimu disampaikan dengan baik sekali oleh Nur Atikah.

Menurut Harrisman153, Nur Atikah merupakan sepupunya dan dia sudah mendapat kebenaran dari kedua ibubapa murid tahun empat di Sekolah Rendah Serasa, Muara ini untuk dimuat turun bakat emasnya menerusi laman Youtube.

Penulis percaya, sekiranya bakat anak kecil ini digilap oleh pihak yang sewajarnya, tidak mustahil Nur Atikah bakal menjadi antara penyanyi tersohor yang boleh dijadikan ikon terbaik Asia Tenggara pada masa akan datang.

Diasuh dengan imej bersih berhijab dan kelihatan sopan, penulis juga yakin dengan potensi tinggi yang dimiliki Nur Atikah itu tidak akan memerlukan dirinya untuk menjaja imej seksi untuk meraih populariti sebagaimana yang dilakukan segelintir artis wanita.

Hamba berbangga untuk berkongsi dua video Youtube nyanyian Nur Atikah untuk tatapan para pembaca.
Saksikanlah dan hargailah anugerah Tuhan kepada anak kecil ini.



p/s : Pergh! Hamba pun dulu suara best jugak, tapi dah tua ni allignment kotak suara dah lari. Haha.

Sumber : SINI

Monday, December 5, 2011

Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Berakhirnya ranjau kehidupan Muhd Amirul Izzat Che Mat, 16 tahun, adik kepada penjaga gol sensasi Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular dengan panggilan 'Apek' yang kembali ke rahmatullah jam 11.30 pagi tadi kerana jangkitan denggi & demam panas. Takziah kepada keluarga Khairul Fahmi. Semoga tabah menghadapi dugaanNya. Al-Fatihah.

Tuesday, November 29, 2011

Dalam Kenangan

Apabila tiba saja musim haji, terus terbayang di kepala hotak hamba wajah nenek saudara hamba yang telah pulang ke rahmatullah ketika menunaikan haji kira-kira 2 tahun lepas. Ahh, sedih pulak rasenye bila teringatkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kembali...

Wah! Akhirnya dapat kembali membebel kat blog ini selepas dihimpit dengan komitmen pelajaran yang membelenggu diri ini. Maklumla ana ni bab-bab belajar memang berdedikasi & memberi komitmen yang penuh. Huahuahua. Terima kasih kepada Mak Sedara ku yang memberi sedikit tunjuk ajar & bebelan yang berguna kepada diriku yang masih mentah ini. Huhauhaua.