Saturday, December 22, 2012

Kembali!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

Kah! Selama hampir setahun hamba bertapa mencari gali idea, akhirnya hamba mengambil keputusan untuk kembali ke dunia penuh kemengarutan ini. Kah!

Sebenarnya menyepinya hamba bukanlah kerana sakit, merajuk, cuti beranak atau sebagainya. Haha. Pada tanggal 31 Januari 2012 (kalau tak silap) hamba telah memilih haluan menceburkan diri ke lembah kehidupan berasmara, eh, berasrama. Ini setelah hamba mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, Terengganu. Kata orang, jauh perjalanan, banyak jugak minyak kereta habis. Kah! Jadi, tamatlah sudah riwayat pengembaraan hamba di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah. Segala jasa guru2 dan rakan2 amatlah dihargai. Semoga Falahiah sukses selalu!

Jadi, berbalik kepada tujuan utama hamba menulis ini, hamba bersyukur kerana keputusan yang diambil untuk berkelana ke negeri orang nampaknya seperti keputusan yang tepat. Alhamdulillah. Walaupun sebelum ni tak pernah tinggal langsung di asrama, namun hamba memberanikan diri dan memantapkan segala ilmu mempertahankan diri yang ada bagi menghadapi segala rintangan dan onak duri yang bakal menodai diri hamba. Akhirnya, hamba berjaya menghabiskan tahun pertama pembelajaran di SAHUT dengan jayanya (???).

Setakat ini dahulu, akan hamba sambung celoteh dan akan juga hamba berkongsi serba sedikit kenangan dan pengalaman yang hamba perolehi selama setahun di perantauan ini *ayat bajet macam duduk oversea*. Semoga kalian semua dirahmati Allah dan berada di bawah perlindunganNya selalu.

Assalamualaikum, sekian terima kasih!

No comments: