Saturday, December 22, 2012

Kiamat?

Assalamualaikum & salam ukhwah..

Kah! Dunia digemparkan dengan konspirasi kaum Mayan yang mengatakan 21/12/2012 adalah pengakhiran dunia ini. Tergelak sakan hamba! Sebelum hamba mengulas lebih lanjut, mari kita berkenalan secara ringkas siapakah kaum Mayan ni? Mereka sebenarnya adalah masyarakat purba yang tinggal di sekitar tenggara Mexico dan sebahagian dari Amaerika Tengah, seperti Guatemala. Nak tahu lebih lanjut, klik SINI lepas tu pandai2 la hang cari sendiri. Kah! Takde masa hamba nak carikan satu-satu. Makanan kegemaran mereka ialah kaki cicak celup tepung. Ahakss~

Jadi, menurut kalendar kaum Mayan ni, dunia akan kiamat pada 2012. Tapi pada sudut pandangan hamba, batu yang mereka gunakan untuk ukir kalendar tu hanya muat sampai 2012 je. Kalau ada batu lagi besar, mungkin sampai tahun 8635 agaknya. Kah! Mengarut je lah semua ini!

Hamba sampai sanggup bersengkang mata dan duduk terkangkang sambil menunggu detik tepat 12 malam 21/12/2012. Tapi apa yang terjadi hanyalah hujan lebat dan petir yang tak henti2 sejak minggu lepas dan bunyi katak yang terlolong kegembiraan. Kah!

Cerita terbaru pulak, dikatakan kiamat ditunda dan tarikh baru ialah 3 September 2015. Kahkah! Gelak sakan hamba sampai rasa nak datang bulan pun ada. Hadoi. Boleh tunda2 pulak?! Lawaklah. Ingatlah wahai manusia sekalian, hanya Allah sahaja yang tahu tarikh kiamat. Sebelum berlakunya kiamat pun akan ada beberapa peristiwa besar seperti turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa ke bumi dan Dajjal memerintah bumi. Matahari pun santai pisang je terbit belah timur lagi.

Yang puak Amerika ni pulak percaya gila2 punya. Siap buat filem lagi. Yang lebih menyayat hati dan menggeletek pundi hempedu, ada sebuah keluarga yang siap menyimpan bekalan makanan dan senjata api bagi menghadapi hari kiamat. Kah! Hang ingat sempat lagi nak main tembak2 masa kiamat nanti? Nak tembak apa? Alien? Hamba kesian lah dengan korang semua. Wang dibazirkan dengan semberono sahaja. Baik bagi kat hamba wang itu, bolehlah hamba melantak nasi Arab kat Cyberjaya tu. Kah!

Ingat, kita ada Tuhan, agama. Jangan sampai terpesong akidah. Jaga hati, jaga iman.

Sekian, terima kasih.

No comments: