Saturday, December 22, 2012

Bermulanya sebuah cerita!

Assalamualaikum & salam persahabatan..

Seperti yang hamba maklumkan dalam post hamba sebelum ini, hamba telah bertukar haluan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada awal tahun ini. Ini berikutan keinginan hamba untuk meneroka dunia baru & menambah coretan penuh perbezaan dalam memori hidup hamba. Jadi sekolah yang bertuah dapat memiliki pelajar berdedikasi seperti hamba adalah Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT).

                               Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

                                           Sekitar blok makmal
                                       
                                             Bas baru wook! Sekolah korang ada?!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan lebih banyak gambar, jengah SINI .

Dorongan lain yang mendorong hamba ke sekolah ini juga kerana sekolahnya yang baru. Jadi mestilah fascilities pun bagus2 lagi. Kah!

Sebenarnya, setelah masuk ke sekolah ini, ianya sedikit sebanyak telah mengubah diri hamba menjadi insan yang lebih baik. Hamba telah banyak belajar tentang erti sebenar sebuah kehidupan, persahabatan, kasih sayang, keglemeran, hot setah dan sebagainya. Kah! Di sini, semangat bersatu padu amatlah dititik beratkan. Segala dilakukan bersama. Makan, tidur, belajar, nasib tak 'berry' bersama je. Kah! Betapa caringnya kami hinggakan maggi pun dikongsi bersama. Kah!

Banyak lagi yang hendak diceritakan. Tunggu lah hamba mengolahnya dengan lebih baik selepas ini. Nantikan sambungannya!

No comments: