Itulah soalan yang sering diajukan oleh rakan2 hamba apabila bertemu dengan hamba, "Kenapa kau botak?", "Mana rambut spiky kau?". Di sini ingin hamba nyatakan antara sebab2 hamba membotakkan kepala hamba:
- Supaya tuan2 hamba semua dapat melihat kekiutan wajah hamba dengan lebih jelas tanpa ditutpi oleh rambut walau seurat pun.
- Agar ahli keluarga hamba tidak tertukar sama ada manusia atau alien yang keluar dari bilik tidur hamba pada waktu pagi.
- Hamba taknak keluarga hamba makan gulai rambut apabila hamba memasak disebabkan masalah keguguran rambut hamba.
- Agar tidak menjadi medan 'relief stres' oleh sepupu kurang matang hamba yang suka menarik rambut hamba. Namun begitu, selepas hamba membotakkan kepala, 'hutan Amazon' kat betis ni plak yang menjadi sasaran!
No comments:
Post a Comment