Perpaduan melibatkan soal jiwa bukan harta. Allah s.w.t mengingatkan: "Jika kamu membelanjakan seluruh yang ada di permukaan bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia. Tetapi Allah-lah yang menjinakkan hati antara hati2 mereka." (Surah al-Anfal 8: 63)
Oleh sebab itu, jika ingin menyatukan manusia maka hati mereka terlebih dahulu perlu "dijinakkan". Kemampuan ini hanya ada pada Allah. Hati dijinakkan dengan dikenalkan kepada Allah dididik untuk mencintai-Nya. Ini ialah persoalan iman dan soal asas dan teras dalam perpaduan.
Perpaduan menyusul selepas iman. Iman adalah prasyarat yang membawa kepada perpaduan. Tanpa iman atau lemah iman, perpaduan akan berantakan. Jika pun berlaku, perpaduan itu hanya sifat tempelan. Perpaduan yang sedemikian dinyatakan Allah menerusi firman-Nya: "Kamu menyangka mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah-belah." (Surah al-Hasyr 59: 14)
Tegasnya, perpaduan mestilah bermula dari hati yang bersasaskan iman sejati. Tanpa iman, tidak mustahil bangsa dan agama menjadi topeng bagi melindungi kepentingan peribadi. Dengan iman, manusia akan berasa takut kepada Allah, gerun akan neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Inilah yang akan menghalang manusia daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan. Iman akan memberikan kekuatan untuk melawan hawa nafsu. Dengan ini sifat2 buruk (mazmumah) yang berpunca dari kerakusan nafsu yang menjadi penghalang perpaduan dapat diatasi.
Seterusnya, perlu dijelaskan dulu apakan tujuan perpaduan itu? Jawapannya, ia berkait rapat dengan tujuan hidup manusia. Apakah tujuan hidup manusia?
- Menjadi hamba Allah
2. Menjadi khalifah
Firman Allah yang bermaksud: "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.: (Surah al-Baqarah 2: 30)
Daripada kedua-dua ayat al-Quran tersebut jelaslah perpaduan adalah untuk melaksanak tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah, manusia mesti patuh dan setia kepada Allah pada setiap masa, tempat dan keadaan. Manakal sebagai khalifah, manusia mesti menyusun semua bidang dalam hidupnya berasaskan peraturan Allah.
Dua tujuan hidup ini tidak akan mampu ditegakkan secara bersendirian melainkan perlukan perpaduan. Oleh sebab ini matlamat perpaduan sepatutnya difokuskan untuk menegakkan sistem hidup Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Dengan ini manusia akan bersama-sama menegakkan "tali Allah" (hukum-hakam Allah), yakni sama-sama menegakkan lima hukum; wajib, sunat, haram, makruh dan harus dalm kehidupan. Dan ini secara automatik akan membentuk keluarga, masyarakat, organisasi dan umat yang bersatu padu.
Jika menegakkan hukum Allah dalam bidang fardhu ain menjadikan kita membangun dari segi rohani, pelaksanaan fardhu kifayah pula akan menjadikan kita kuat dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan lain-lain lagi. Lihat, walaupun tujuan asal hanya untuk cinta dan patuh kepada Allah, tetapi perpaduan dan pembangunan akan tercetus sebagai impaknya.
No comments:
Post a Comment